Perikatan bukan kerajaan pintu belakang, titah Sultan Selangor


The Malaysian Insight

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah untuk berhenti menggelar Perikatan Nasional sebagai kerajaan pintu belakang kerana pembentukannya mengikut Perlembagaan Persekutuan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Mac, 2020.

PERIKATAN Nasional bukan kerajaan pintu belakang dan pembentukan kerajaan Persekutuan juga bukan melalui rampasan kuasa, kata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pembentukan kerajaan Persekutuan dilakukan mengikut Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk berbuat demikian.

“Tohmahan berkaitan pembentukan kerajaan Persekutuan ini sebagai sebuah kerajaan pintu belakang ataupun satu rampasan kuasa adalah tidak bertepatan sama sekali dan ia hendaklah segera dihentikan kerana Yang di- Pertuan Agong telah diberi kuasa untuk menggunakan budibicara Baginda sebagaimana yang diperuntukkan di dalam undang-undang.

“Beta sendiri telah mengikuti perkembangan perubahan kuasa tersebut yang telah dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan cukup berhati-hati dan selepas perundingan yang teliti dan terbuka diadakan, selaras dengan peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan,” titiah Sultan Selangor. 

Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 1 Mac lalu selepas berjaya meyakinkan Agong bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen.

Perikatan Nasional mendapat label “kerajaan pintu belakang” kerana tidak memperoleh kuasa melalui pilihan raya umum. – 16 Mac, 2020.

Berita penuh di sini. 

 


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen