Perlawanan Liga Perdana Inggeris digantung hingga 3 April


LIGA Perdana Inggeris, Liga Bola Sepak, Liga Super Wanita dan Liga Juara-juara akan menggantung semua perlawanan sehingga 3 April berikutan penularan wabak koronavirus.

Langkah itu diambil berikutan terdapat beberapa kakitangan kelab Liga Perdana, termasuk pemain dan jurulatih menunjukkan simptom jangkitan.

Di Eropah, Uefa mengumumkan penangguhan semua perlawana dalam Liga Juara-Juara dan Liga Europa ke tarikh yang masih belum ditentukan.

EFL dalam satu kenyataan berkata: Liga Fa, Perdana Inggeris, Liga Bola Sepak, Liga Super Wanita dan Liga Juara-juara secara kolektif bersetuju untuk menangguhkan perlawanan profesional di England sehingga 3 April. Tindakan ini yang akan dibuat di bawah permerhatian, diambil kerana jumlah kelab yang mengambil langkah mengasingkan pemain dan kakitangan mereka kerana virus Covid-19 semakin bertambah.

Sementara itu, musim bola sepak Perancis turut digantung “sehingga notis lanjut” kerana wabak koronavirus, umum LFP.

Liga itu dalam satu kenyataan mengatakan ia telah mengambil keputusan “sebulat suara” untuk menghentikan perlawanan dengan serta-merta dalam mesyuarat tergempar, selepas sebelum ini mengatakan perlawanan diteruskan secara tertutup sehingga pertengahan April. – 13 Mac, 2020.

Berita penuh di sini.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen