Usul sekat tindakan lompat parti akan dibawa ke AGM Badan Peguam


Bede Hong

Badan Peguam akan mengadakan mesyuarat agung tahunannya di Wisma MCA Kuala Lumpur esok.– Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Mac, 2020.

DUA peguam mencadangkan usul bagi menggesa Badan Peguam mengambil tindakan bagi meluluskan undang-undang yang melarang atau menyekat tindakan seseorang melompat parti di Parlimen.

Peguam Charles Hector Santiago dan R. Shanmugam akan membentangkan usul berkenaan pada mesyuarat agung tahunan (AGM) Badan Peguam yang akan diadakan di Wisma MCA Kuala Lumpur esok.

Mereka mahu undang-undang yang membatalkan kelayakan ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri, yang meninggalkan parti politik mereka atau mengubah status kepada Bebas. Pilihan raya kecil akan diadakan serta merta sekiranya ia berlaku.

Undang-undang baharu itu juga melarang ahli Parlimen atau wakil rakyat yang meletakkan jawatan daripada bertanding selama-lamanya, menurut salinan usul yang dilihat The Malaysian Insight.

“Ramai yang melinat ini sebagai satu pengkhianatan kepada rakyat, yang mengundi calon tertentu berdasarkan janji dan kedudukan mereka dalam parti atau gabungan parti yang mengumumkan janji atau aku janji yang terkandung dalam manifesto pilihan raya.

“Apabila ahli Parlimen Barisan Nasional lompat parti selepas PRU14 kepada parti lawan, dan selepas itu ada beberapa ahli Parlimen Pakatan Harapan yang terdiri daripada empat parti, atau ketika Ahli Parlimen / Adun PKR meninggalkan parti itu, para pengundi di kawasan masing-masing merasa dikhianati.

“Pengundi mengundi calon BN dan menentang PH, PAS atau calon lain, dan kini ahli Parlimen mereka melompat untuk menyertai salah satu parti komponen PH. Semua penyokong parti memberi gelaran yang sama kepada mereka - ‘katak’.” – 13 Mac, 2020.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen