WABAK Covid-19 yang kian menular ke seluruh dunia memaksa perlumbaan MotoGP Argentina ditangguhkan selama tujuh bulan, lapor agensi berita Xinhua.
Acara yang sepatutnya berlangsung pada 17 hingga 19 April ditunda kepada 20 hingga 22 November.
Sebelum ini, MotoGP membatalkan tiga perlumbaan pertama tahun ini - di Qatar, Thailand dan Amerika Syarikat.
Pihak MotoGP berkata dalam satu kenyataan perlumbaan pertama musim ini akan berlangsung di litar Jerez Sepanyol pada 3 Mei.
Akibat perubahan jadual perlumbaan, pusingan terakhir akan diadakan di Valencia dari 27 hingga 29 November ini. – Bernama, 13 Mac, 2020.
Komen