Malaysia Airlines tawar kakitangan cuti tanpa gaji, kata laporan


Pekerja diberi pilihan mengambil tiga bulan cuti tanpa gaji atau lima hari cuti tanpa gaji setiap bulan, sekurang-kurangnya selama tiga bulan bermula April. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Mac, 2020.

MALAYSIA Airlines Bhd mengarahkan pekerjanya mengambil cuti tanpa gaji susulan wabak Covid-19, lapor The Edge.

Laporan menyebut seramai 13,000 pekerja diminta mengambil cuti tanpa gaji secara sukarela ekoran operasi syarikat penerbangan itu terjejas akibat virus itu.

Pekerja diberi pilihan mengambil tiga bulan cuti tanpa gaji atau lima hari cuti tanpa gaji setiap bulan, sekurang-kurangnya selama tiga bulan bermula April.

Tawaran itu juga melibatkan semua kakitangan di bawah Malaysia Aviation Group (MAG) seperti MAB Kargo, perkhidmatan penyelenggaraan MAB Engineering, Firefly dan MASwings.

Isnin lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG Kapten Izham Ismail mengumumkan potongan 10 peratus daripada gaji pengurusan kanannya serta mengurangkan elaun mereka sebagai langkah mengurangkan kos operasi syarikat.

Beliau turut berkata, pada suku pertama tahun ini sahaja Malaysia Airlines mengurangkan sebanyak 7.1 peratus kapasiti penerbangan dan menggantung lebih daripada 1,600 penerbangan.

Syarikat penerbangan itu juga katanya telah mengurangkan laluan ke China sebanyak 53% serta ke Korea Selatan dan Jepun sebanyak 23%. – 12 Mac, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen