ANWAR Ibrahim mengecam Menteri Alam Sekitar Tuan Ibrahim Tuan Man kerana mempertahankan aktiviti pembalakan di Kelantan dan menanti respons bagi pendirian kementerian berkenaan isu itu.
“Kenyataan yang sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Sedangkan kita perlu merangka dasar yang membela alam sekitar, termasuk hutan.
“Apakah ini pendirian rasmi kementerian? Mohon respon segera,” kata presiden PKR itu.
Menteri baharu itu dilaporkan berkata Kelantan mempunyai sijil ISO.
“Kalau tengok Kelantan, dia dapat sijil ISO berbanding dengan negeri lain yang langsung tak dapat. (Kritikan) sebahagiannya kerana sentimen pembangkang,” katanya ketika memulakan tugas di kementeriannya.
Beliau berkata penanaman durian Musang King juga turut menyumbang kepada masalah alam sekitar, seperti pencemaran sungai.
“Sebenarnya bukan isu balak saja, isu sekarang ini perladangan dan sebagai contoh, beribu ekar (ladang) Musang King yang kita kena tengok.
“Sungai kita, saya serius soal sungai….(Musang King) telah jadi punca pencemaran sungai,”,” katanya sambil menambah kementerian akan melihat sejauh mana kerosakan itu. – 12 Mac, 2020.
Komen