PKR sanggah kenyataan Dr Mahathir serah kalah kepada Muhyiddin


Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata biro politik parti akan mengadakan mesyuarat untuk menentukan pendirian PH. – Gambar fail The Malaysian Insight 12 Mac, 2020.

PKR hari ini menolak kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang berkata gabungan pemerintah baharu diketuai Muhyiddin Yassin mempunyai cukup sokongan Parlimen untuk terus berkuasa sehingga pilihan raya umum akan datang.

Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata biro politik parti memutuskan semalam yang pemimpin PH mesti bertemu untuk menentukan pendirian pakatan itu.

“Sebarang pandangan lain tidak mewakili pandangan PKR dan PH,” katanya dalam satu kenyataan.

PH sebelum ini mengatakan ia akan mencabar legitimasi dan populariti Muhyiddin di Dewan Rakyat.

Bekas kuasa pemerintah itu juga mendakwa ia mempunyai jumlah mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Sehingga kini, PH mengatakan Dr Mahathir kekal sebagai calon perdana menteri.

Dalam satu wawancara dengan Sinar Harian hari ini, Dr Mahathir mengakui beliau tidak mempunyai cukup sokongan untuk merebut kembali kuasa berbanding Perikatan Nasional diketuai Muhyiddin.

Muhyiddin memperoleh majoriti melalui pelantikan Kabinetnya, kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga mendakwa Muhyiddin juga boleh memberikan “gula-gula” kepada rakyat untuk meraih sokongan.

Beliau juga menghalang rancangan awal PH untuk membentangkan usul tidak percaya kepada Parlimen untuk menguji majoriti Muhyiddin.

“Walaupun usul tidak percaya dibentangkan di Parlimen, saya tidak percaya kami akan berjaya. Beliau (Muhyiddin) mendapat sokongan yang menyebelahi saya kepadanya.

“Beliau akan bertahan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15.” – 12 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen