Perikatan kaji semua pilihan lonjak ekonomi, kata Muhyiddin


Chan Kok Leong Ragananthini Vethasalam

Kerajaan PN kaji semula kemungkinan GST diperkenalkan semula untuk keseimbangan ekonomi, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Mac, 2020.

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) mengkaji semua pilihan untuk mencapai keseimbangan ekonomi termasuk memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Kita akan mengkaji semuanya kerana ini kali pertama kita bermesyuarat,” katanya menjawab soalan wartawan sama ada pentadbiran baharu akan memperkenalkan semula cukai kontroversi itu. 

Beliau berkata langkah itu akan diambil selaras dengan dasar kerajaan yang lebih luas akan diguna pakai secara fiskal dan kewangan untuk mengukuhkan ekonomi.

Tambah beliau, kerajaan akan meneliti beberapa pilihan yang tidak akan membebankan rakyat tetapi pada masa yang sama tidak menjejaskan keupayaan kerajaan untuk menjana pendapatan.

Berkenaan sama ada kerajaan akan menimbang untuk menyemak semula Belanjawan 2020 berikutan trend penurunan harga minyak mentah global, Muhyiddin berkata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membentangkan laporan mengenai kedudukan kewangan negara dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi, Isnin depan.

Muhyiddin berkata beliau akan membuat keputusan selepas laporan berkenaan dibentangkan.  – 11 Mac, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Nak kaji apa lagi..menteri yang sama jgk...

    Dimuat naik 4 tahun yang lalu oleh Naim Rizal Kamaruddin · Ulasan