21 maut dalam serangan udara di Aleppo 


Orang awam menjalankan misi mencari dan menyelamat di bawah runtuhan bangunan selepas terkena serangan udara di kejiranan kalase, bandar Aleppo, Syria. – Gambar EPA, 13 November, 2017.

SEKURANG-kurangnya 21 orang awam terbunuh termasuk lima kanak-kanak dalam serangan udara yang dilancarkan di wilayah Aleppo pada Isnin, kata pemerhati. 

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangalan di Britain berkata, ia bagaimanapun tidak jelas sama ada serangan berkenaan menyasarkan bandar Atareb yang dikawal pemberontak dilancarkan pesawat Syria atau sekutu Damsyik, Rusia.

Pemerhati berkenaan berkata, serangan itu mengenai pasar di bandar terbabit dan menambah, angka kematian mungkin meningkat kerana masih ramai yang dilaporkan hilang selepas serangan itu. 

Atareb terletak di barat Aleppo, di kawasan sebahagian daripada “zon de-eskalasi” yang dipersetujui di bawah perjanjian yang dibuat awal tahun ini antara sekutu Syria, Rusia dan Iran, dan Turki.

Zom terbabit kebanyakannya meliputi daerah Idlib, yang sebahagian besarnya di kawal pasukan tentera pembangkang dan juga kumpulan militan yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan Al-Qaeda. 

Walaupun kerajaan telah menawan semula bandar Aleppo akhir tahun lalu, kumpulan pemberontak masih berada di barat daerah itu. 

Lebih 330,000 orang terbunuh di Syria sejak tercetusnya konflik yang bermula pada Mac 2011 dengan protes anti-kerajaan.  – AFP, 13 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen