MCA boleh sederhanakan kerajaan Perikatan, kata akar umbi


Khoo Gek San

MCA mampu menjadikan kerajaan Pakatan Nasional lebih sederhana, sesuai dengan sifat berbilang kaum di negara ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Mac, 2020.

MCA dengan hanya dua ahli Parlimennya, mampu menjadikan kerajaan majoriti Melayu-Islam lebih bersifat sederhana, kata akar umbi parti ketika spekulasi seorang daripada wakil rakyatnya mungkin dipilih memegang jawatan penting untuk meraih sokongan kaum Cina.

Pemimpin setempat melahirkan keyakinan yang suara komuniti itu akan didengar melalui Ahli Parlimen Gelang Patah dan Presiden MCA Dr Wee Ka Siong serta Ahli Parlimen Tanjung Piai Wee Jeck Seng dalam Kabinet baru Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

The Malaysian Insight difahamkan kedua-duanya bakal disenaraikan dalam Kabinet dengan portfolio berbeza ketika berada dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pakatan Harapan hilang kawalan kerajaan persekutuan pada Ahad yang diikuti tindakan Presiden Bersatu dan Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin bekerjasama dengan pakatan terdiri daripada BN, PAS dan pihak bebas yang bersekutu dengan bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. Ia juga disokong oleh Parti Gabungan Sarawak (GPS).

Para pemimpin akar umbi MCA berkata sifat berbilang kaum di negara ini tidak boleh diabaikan.

Semasa era BN, portfolio Kementerian Pengangkutan sentiasa berada di bawah MCA. Seorang ahli parti kanan yang enggan namanya disiarkan, memberitahu The Malaysian Insight belum ada perbincangan mengenai jawatan Kabinet.

Pengerusi MCA Wangsa Maju, Ng How Doo berkata parti itu sedar orang ramai bimbang dengan pelaksanaan undang-undang Syariah dan ini juga perkara yang diberi perhatian oleh MCA dan boleh diharap untuk bersuara.

“Buat masa sekarang, MCA tidak mempunyai jawatan dominan tetapi kita berharap PAS, dalam gabungan baru, akan lebih sederhana,” kata Ng kepada The Malaysian Insight.

“MCA adalah parti berasaskan kaum Cina. Saya percaya kepimpinan MCA akan bersuara jika terdapat cadangan bagi dasar yang tidak sesuai. Kami melakukan ini demi demokrasi dan kepentingan masyarakat Cina.”

Timbalan Ketua MCA Johor Lim Pay Hen berasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pemimpin PAS kini lebih sederhana dalam ucapan mereka. – 4 Mac, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen