PRESIDEN Lubnan mendesak Arab Saudi semalam untuk menjelaskan mengapa Saad Hariri tidak pulang ke Beirut sejak beliau mengundurkan diri sebagai perdana menteri seminggu lalu.
Hariri mengumumkan pada 4 November dalam kenyataan televisyen dari Riyadh bahawa beliau melepaskan jawatan, menyebabkan gelombang kejutan kepada politik Lubnan.
Bagaimanapun, beliau belum kembali ke Lubnan dan khabar angin berlegar mengatakan beliau ditahan di Arab Saudi tanpa kerelaannya.
Presiden Michel Aoun semalam menyeru kerajaan “menjelaskan punca yang menghalang PM Hariri kembali ke Lubnan untuk bersama rakyat dan penyokongnya”.
“Kekaburan yang melingkari keadaan PM Saad Hariri sejak peletakan jawatannya seminggu lalu bermakna semua jawatan dan tindakan yang diisytiharkan olehnya atau dikaitkan dengannya tidak mencerminkan keadaan sebenar,” tambah Aoun.
“Sebaliknya, ia membawa kepada kesan keadaan yang jelas cuba melindungi (di mana) PM Hariri berada di kerajaan Arab Saudi.”
Aoun hari ini bercakap melalui telefon kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron mengenai “perkembangan terbaru” peletakan jawatan Hariri, menurut kenyataan di keluarkan presiden Lubnan.
Ketua negara Lubnan itu belum lagi menerima peletakan jawatan Hariri secara formal dan mengkritik keadaan yang melingkarinya sebagai “tidak dapat diterima”. – AFP, 12 November, 2017.
Komen