Elemen luar gagal kacau Malaysia, kata polis


Kalidevi Mogan Kumarappa

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador bagaimanapun tidak mendedahkan apakah elemen itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Mac, 2020.

ELEMEN luar yang dikesan cuba mencetus kekacauan sewaktu krisis politik melanda negara tidak berjaya memasuki negara, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.

Pihak tersebut gagal masuk ke Malaysia untuk membantu ahli politik tertentu sewaktu krisis tersebut, ekoran amaran keras polis, kata Abdul Hamid kepada pemberita.

“Ia adalah maklumat risikan kami. Namun amaran keras yang saya berikan tempoh hari memang berkesan. Namun saya tidak boleh mendedahkan apakah elemen itu,” katanya.

Ditanya mengenai bentuk elemen luar itu, Abdul Hamid enggan mendedahkannya dan hanya menyatakan perkara itu hasil risikan pasukan polis.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas menerima kunjungan hormat Panglima Angkatan Tentera ke Bukit Aman, hari ini.

Cubaan pihak tertentu untuk membawa masuk elemen tersebut bagi mengacau keadaan didedahkannya pada Jumaat lalu.

“Ada dakwaan elemen dari luar masuk ke negara untuk bantu sesiapa (ahli politik) dan mencetuskan keadaan tidak baik.

“Saya beri amaran jangan bawa masuk elemen luar kerana ia satu pengkhianatan,” katanya kepada pemberita di Istana Negara pada minggu lalu. – 2 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen