Khazanah senarai pendek 4 pilihan untuk Malaysia Airlines


Ragananthini Vethasalam

Khazanah Nasional Bhd terima sembilan kertas cadangan untuk Malaysia Airlines Bhd, di mana empat daripadanya disenaraipendekkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Mac, 2020.

KHAZANAH Nasional Bhd menerima sembilan kertas cadangan untuk Malaysia Airlines Bhd (MAB), di mana empat daripadanya disenaraipendekkan, kata syarikat itu.

Khazanah mengkaji beberapa pilihan untuk menyelamatkan syarikat penerbangan negara itu.

Tahun lalu, ia melancarkan proses untuk menilai beberapa rakan kerjasama yang berpotensi untuk syarikat penerbangan negara yang sedang berdepan masalah kewangan itu.

“Bagi 2020, Khazanah akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan dan MAB bagi menyemak lebih lanjut kertas cadangan berkenaan dan memuktamadkan keputusan berkenaan pilihan strategik bersesuaian untuk terus maju,” kata Khazanah dalam satu kenyataan berkenaan pencapaian kewangannya untuk 2019. – 2 Mac, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen