Segera adakan sidang Dewan Rakyat, kata Dr Mahathir


Mohd Farhan Darwis Ragananthini Vethasalam

Dr Mahathir Mohamad berkata sidang Dewan Rakyat harus diadakan segera untuk membuktikan Muhyiddin Yassin benar-benar mempunyai majoriti sokongan ahli Parlimen. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abdul Halim, 1 Mac, 2020.

SIDANG Dewan Rakyat harus diadakan segera untuk membuktikan Muhyiddin Yassin benar-benar mempunyai majoriti sokongan ahli Parlimen, kata Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata ini kerana beliau yakin mempunyai majoriti sokongan 114 ahli Parlimen termasuk 92 daripada Pakatan Harapan.

Beliau bimbang kerajaan baharu yang dibentuk selepas Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan perdana menteri kelapan akan melengah-lengahkan persidangan tersebut.

“Kalau Parlimen tidak bersidang ahli Parlimen tidak boleh menunjukkan sokongan mereka.

“Kalau Parlimen bersidang, ahli Parlimen boleh buat pilihan, itu keputusan rasmi. Kalau mereka tidak pilih Muhyiddin, itu keputusannya,” kata Dr Mahathir.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Yayasan Al Bukhary di ibu negara hari ini. – 1 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen