SEORANG jurulatih Angkatan Tentera Marin Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun kerana mendera kira-kira 12 rekrut beragama Islam sehingga menyebabkan seorang daripadanya meninggal dunia pada 2016.
Sehari sebelum itu, Sarjan Joseph Felix turut disabitkan bersalah kerana penganiayaan terhadap rekrut semasa latihan asas mereka di Pulau Parris, pangkalan Carolina Selatan.
Panel juri terdiri daripada lapan anggota tentera dan wanita menganggap Felix, seorang veteran perang Iraq, dipersalahkan di antara enam instruktor yang mengarahkan dan mengambil bahagian dalam perbuatan melampau dengan mencemuh mereka sebagai pengganas.
Dua daripada mereka dipaksa masuk ke mesin pengering pakaian bersaiz industri dan dalam satu kes mesin itu dihidupkan apabila mereka enggan meninggalkan kepercayaan mereka.
Salah seorang rekrut, Raheel Siddiqui meninggal dunia selepas terjun dari tingkat tiga pada Mac 2016 selepas berhari-hari didera lebih teruk berbanding rekrut lain.
Pihak tentera menyifatkan kematiannya sebagai bunuh diri. Pada Oktober, keluarga Siddiqui menyaman AS$100 juta (RM419 juta), mengatakan tindakan itu didorong oleh seorang pegawai yang tidak bernama melalui pintu dan ke balkoni di mana dia jatuh.
Hukuman yang diputuskan semalam, yang juga termasuk pemecatan, lebih keras daripada tujuh tahun penjara yang dicadangkan pendakwa raya.
Kes ini secara automatik akan ke peringkat rayuan terhadap peraturan ketenteraan untuk penghakiman yang melibatkan hukuman penjara lebih panjang dan pemecatan. – AFP, 11 November, 2017.
Komen