MAJIKAN Malaysia kecewa apabila pakej rangsangan ekonomi yang dilancarkan Khamis lalu tidak membincangkan isu gaji minimum.
Di tengah-tengah krisis kesihatan Covid-19, mereka menjangkakan sekurang-kurangnya pelaksanaan kadar gaji minimum baharu yang berkuat kuasa pada 1 Januari digantung semasa krisis kesihatan Covid-19 berlaku.
Putrajaya telah menaikkan gaji minimum pekerja di 57 kawasan bandar dari RM1,000 kepada RM1,200 dalam Bajet 2020 bagi membantu mereka menampung kos hidup yang lebih tinggi.
Kementerian Sumber Manusia sebelum ini berkata kadar gaji minimum akan sentiasa dikaji semula bagi memastikan ia selari dengan kos sara hidup dan keperluan semasa.
Tetapi majikan memberitahu The Maaysian Insight kerajaan dan kementerian gagal melakukannya kerana mereka merasakan penggantungan pelaksanaan gaji minimum itu akan membantu mereka dalam mengatasi ekonomi yang merosot akibat wabak Covid-19.
Sesetengah majikan dan persatuan perniagaan berkata gaji minimum hanya akan menjejaskan majikan dan perniagaan ke persekitaran yang sukar.
Mereka mendakwa “banyak perniagaan” terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh dipaksa untuk ditutup ketika berdepan masalah aliran tunai.
Presiden Persatuan SME Malaysia Michael Kang berkata beliau kecewa dengan pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Interim Dr Mahathir Mohamad gagal menyelesaikan isu gaji.
Beliau berkata tidak dapat dielakkan bahawa kelembapan ekonomi akibat wabak Covid-19 ditambah dengan kenaikan gaji minimum kepada RM1,200 menyaksikan sektor perniagaan gagal.
Kang berkata harus sedar bahawa kadar gaji minimum sebenarnya memberi manfaat kepada pekerja asing bukan pekerja tempatan. – 2 Mac, 2020.
Komen