Itu keputusan Pakatan, kata Anwar


Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata pencalonan semula Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri kelapan adalah keputusan Pakatan Harapan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Februari, 2020.

PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim berkata pencalonan semula Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri kelapan adalah keputusan Pakatan Harapan (PH).

“Itu PH punya keputusan,” katanya ringkas ketika ditemui media di kediamannya di Bukit Segambut hari ini.

Terdahulu beliau bersama isterinya yang juga Presiden PH Dr Wan Azizah Wan Ismail menaiki kenderaan meninggalkan kediamannya kira-kira jam 11.35 pagi tadi.

Ditanya ke mana tempat beliau akan pergi selepas ini, Anwar sekadar menjawab: “ke kantor (pejabat)”, namun media yang menunggu di Hotel Eastin melaporkan beliau tiba di hotel itu kira-kira pukul 12.10 tengah hari untuk menghadiri mesyuarat PH. – Bernama, 29 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen