WABAK Covid-19 kian menular menyaksikan Lithuania mencatatkan kes yang pertama, kata Kementerian Kesihatan pada Jumaat.
Agensi berita Sputnik melaporkan pesakit itu kini dikuarantin di sebuah hospital di Siauliai.
Pesakit itu dijangkiti ketika di Verona, Itali, kata kementerian.
Terdahulu, pada Rabu pihak berkuasa Lithuania mengisytiharkan darurat sebagai persediaan berdepan kemungkinan penularan wabak itu.
Langkah mengisytiharkan darurat itu membolehkan tindakan pencegahan dapat diselaras dengan lebih berkesan selain memastikan pengurusan kemudahan perubatan lebih tersusun. – Bernama, 28 Februari, 2020.
Komen