Saintis China dihukum penjara di AS


SEORANG saintis Cina dijatuhi hukuman dua tahun penjara semalam kerana mencuri teknologi bateri generasi akan datang dari sebuah syarikat petroleum Amerika di mana tempat dia bekerja.

Hongjin Tan, 36, seorang warganegara China dan pemaustatin tetap Amerika Syarikat ditahan pada Disember 2018 dan mengaku bersalah pada November tahun lepas kerana mencuri rahsia perdagangan.

Hakim Mahkamah Daerah Oklahoma Utara Amerika Syarikat Gregory Frizzell menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan di penjara persekutuan dan memerintahkan dia membayar $150,000 terhadap bekas majikannya.

Tan dituduh mencuri teknologi bateri generasi akan datang itu yang bernilai lebih $1 bilion, kata Jabatan Kehakiman dalam satu kenyataan.

John Demers berkata siasatan dan dakwaan ini mendedahkan satu lagi contoh cubaan China untuk mencuri harta intelek Amerika.

Ejen Khas FBI Melissan Godbold berkata syarikat-syarikat Amerika Syarikat melabur dalam penyelidikan dan teknologi canggih.

Tan bekerja sebagai saintis bersekutu untuk syarikat petroleum Amerika Syarikat dari Jun 2017 sehingga penangkapannya, kata Jabatan Kehakiman.

Jabatan Kehakiman tidak menamakan syarikat tempatnya bekerja tetapi halaman LinkedIn untuk Hongjin Tan memaparkan jawatannya sebagai saintis di Philips 66 di Oklahoma.

Beliau sebelum ini bekerja sebagai pembantu penyelidik dan ahli sains di California Institute of Technology di mana beliau mendapat ijazah kedoktorannya. – AFP, 28 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen