Pakej rangsangan ekonomi beri kelegaan kepada sektor pelancongan 


Khoo Gek San Ragananthini Vethasalam

Putrajaya perlu juga menimbang pengecualian visa untuk warga India bagi mengimbangi kekurangan kedatangan pelancong dari China, kata Matta. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Februari, 2020.

PAKEJ rangsangan ekonomi akan memberi kelegaan kepada industri pelancongan untuk pulih dan mengukuh semula, kata Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Tan Kok Liang.

Inisiatif dalam pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan semalam adalah langkah bagi jangka masa pendek.

“Bagi kami, semua ini adalah jangka pendek (langkah), yang mana kami ada aliran tunai. Satu kelegaan, kerana kalau tidak kami tak dapat menampung kos ketika aktiviti perniagaan perlahan,” kata Tan.

Sektor pelancongan akan menerima kesan serius dan berpanjangan sekiranya wabak Covid-19 menjadi lebih buruk, tambah beliau.

Walaupun pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan semalam disambut baik, Tan berkata Putrajaya perlu juga menimbang pengecualian visa untuk warga India bagi mengimbangi kekurangan kedatangan pelancong dari China.

Menurutnya, satu lagi inisiatif yang perlu disertakan adalah potongan berganda kepada perbelanjaan ke atas latihan kakitangan bagi mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran di Malaysia untuk merangsang pelancongan domestik.

Tan mengulas Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bernilai RM20 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Interim Dr Mahathir Mohamad bagi mengurangkan impak wabak Covid-19 ke atas pelancongan dan sektor lain yang turut terjejas.

“Kerajaan telah mengambil kira semua cadangan yang dikemukakan oleh Matta dan industri utama lain, dan memenuhi apa yang diharapkan industri,” tambahnya.– 28 Februari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen