2 beradik dikhuatiri lemas 


DUA adik beradik dikhuatiri lemas selepas dikatakan hanyut dibawa arus deras Sungai Jelai di Kampung Tanjung Gahai, Lipis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata mangsa Siti Suhaida Mohd Rosli, 15, dan kakaknya Siti Nur Hidayah, 19, dikatakan ke taman rekreasi di kampung itu bersama tiga lagi adik-beradik mereka.

“Keterangan awal saksi mengatakan kedua-dua mangsa bermain di gigi air dan secara perlahan bergerak ke tengah sungai, sebelum dibawa arus deras,” katanya kepada pemberita di Kuantan, malam ini.

Azli berkata polis dimaklumkan kejadian itu pada 6 petang tadi dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan serta-merta, namun terpaksa dihentikan sekitar 7 petang kerana cuaca mulai gelap.

Operasi SAR melibatkan empat pegawai bersama 20 anggota daripada polis, bomba, dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta dibantu 20 penduduk kampung. – Bernama, 27 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen