Agong bertemu Raja-raja Melayu esok


Pertemuan antara Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-raja Melayu akan diadakan sebelum solat Jumaat esok. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 27 Februari, 2020.

YANG di-Pertuan Agong akan bertemu Raja-raja Melayu esok berhubung krisis politik yang melanda negara, lapor The Star.

Pertemuan antara Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-raja Melayu akan diadakan sebelum solat Jumaat.

Sultan Abdullah menerima masuk mengadap Dr Mahathir Mohamad pagi ini, dengan perdana menteri interim itu meninggalkan Istana Negara pada tengah hari.

Dalam tempoh dua hari lalu, Agong menemubual 220 ahli Parlimen untuk memastikan blok yang mempunyai majoriti di Parlimen. Beliau juga sudah bertemu dengan semua pemimpin parti politik.

Perkembangan ini susulan perletakan jawatan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan tindakan Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan, yang menyebabkan kejatuhan pakatan pemerintah, pada Isnin. – 27 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen