Arab Saudi gantung sementara visa umrah 


Penularan Covid-19 memaksa Arab Saudi menggantung sementara visa umrah dan ziarah ke negara itu. – Gambar EPA, 27 Februari, 2020.

ARAB Saudi pada Khamis menggantung visa untuk jemaah yang ingin ke Mekah, kata kementerian luar negara, ketika koronavirus merebak di Timur Tengah.

Kerajaan “menangguhkan sementara kemasukan bagi tujuan umrah dan ziarah ke Masjid Nabawi”, kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan, merujuk kepada ibadah umrah dilakukan oleh umat Islam yang boleh ditunaikan sepanjang tahun. 

Ia juga menggantung visa lawatan pelancong dari beberapa negara di mana virus Covid-19 adalah “bahaya”. – AFP, 27 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen