Krisis politik jejaskan keyakinan pelabur 


Ragananthini Vethasalam Angie Tan

Pakar ekonomi berkata krisis politik negara perlu diselesaikan sebelum akhir minggu ini bagi memastikan kesan minimum terhadap ekonomi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Februari, 2020.

EKONOMI Malaysia mampu pulih daripada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan krisis seterusnya, tetapi ia memberi kesan teruk kepada keyakinan pelabur asing, kata pakar ekonomi.

Krisis itu juga mesti diselesaikan sebelum akhir minggu ini bagi memastikan kesan minimum terhadap ekonomi, kata mereka sambil merujuk bagaimana pasaran saham dan ringgit jatuh sejak Isnin.

Penyelidik kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Shankaran Nambiar berkata pergolakan politik akan menyebabkan pelabur asing mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

“Pelabur asing mungkin tidak mahu mempertimbangkan Malaysia sebagai destinasi sehingga selepas pilihan raya umum akan datang, diharapkan, ia memberi keyakinan dan kestabilan yang lebih baik,” katanya.

Kesan bagi gerakan politik yang membawa kepada perletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sudah jelas dengan kejatuhan mendadak pasaran saham dan mata wang, katanya.

Shankaran berkata ekonomi sedang berdepan tiga ancaman - pergolakan politik, wabak Covid-19 dan kelembapan ekonomi global.

“Dengan tiga serangan terhadap ekonomi Malaysia, kadar pertumbuhan 3.8% tidak mengejutkan.

“Tetapi saya menjangkakan ia kembali normal dalam beberapa minggu akan datang,” katanya ketika ditanya mengenai ramalan terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini.

“Walaupun, kegawatan politik semasa akan menyebabkan kerosakan jangka pendek yang terhad tetapi mungkin kesan negatif lebih lama terhadap pelaburan,” kata Shankaran. – 27 Februari, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen