Bilangan restoran Cina dijangka bertambah selepas Covid-19 berakhir


Angie Tan

Dianggarkan 1,000 restoran Cina dimiliki dan dikendalikan oleh dana dari tanah besar dan kini terjejas akibat Covid-19. – Gambar EPA, 27 Februari, 2020.

LEBIH banyak restoran Cina dimiliki pengusaha dari tanah besar China dijangka dibuka di Malaysia sebaik sahaja wabak Covid-19 berakhir.

Permintaan makanan Cina di Malaysia sememangnya besar, dengan anggaran kira-kira 1,000 restoran dimiliki dan dikendalikan oleh dana dari tanah besar, kebanyakannya di Lembah Klang, kata Presiden Persatuan Restoran Kuala Lumpur dan Selangor Gao Hao Yun.

Wabak Covid-19, yang secara drastik mengurangkan jumlah pelancong dari China ke Malaysia, kini menyaksikan pengurangan pelaburan dari China terhadap perniagaan makanan di sini, katanya.

Tetapi apabila keadaan lebih baik, Gao menjangkakan jumlah restoran milik China meningkat kepada 2,000.

“Setakat ini, terdapat kira-kira 1,000 restoran milik China yang kebanyakannya di Lembah Klang.

“Apabila keadaan virus bertambah baik, dalam tempoh dua tahun mungkin mencecah sehingga kepada 2,000 restoran,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Kebanyakan restoran sedia ada dimiliki oleh pelabur China yang dijalankan secara individu, dengan sesetengahnya dibuka sekurang-kurangnya sejak 15 tahun lalu.

Ledakan itu berlaku dalam tempoh empat tahun yang lalu yang mencecah sekitar 1,000 restoran, kata Gao.

Gao berkata terdapat 38 restoran Cina berhampiran Sunway Velocity Mall sahaja, menjadikan kawasan itu “seperti Chinatown”.

Pemain lebih besar kini memasuki pasaran, seperti Haidilao yang agak baru, terkenal dengan hidangan periuk panas, yang membuka beberapa cawangan.

Satu lagi rangkaian perniagaan periuk panas di China, Banumaodu, merancang untuk memulakan operasi di Malaysia tahun ini tetapi berdepan masalah kerana wabak Covid-19.

Sesetengah pelabur juga mencadangkan konsep “makanan jalanan Shenzhen” di sebuah pusat membeli-belah dengan kira-kira 100 gerai. – 27 Februari, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen