Korea Selatan sumbang AS$1.5 juta bantu pelarian Syria 


Rakyat Syria terpaksa meninggalkan kediaman mereka untuk mencari kawasan lebih selamat berikutan pergolakan yang tercetus di negara itu. – Gambar EPA, 10 November, 2017.

KOREA Selatan menyumbang sebanyak AS$1.5 juta kepada Program Makanan Sedunia yang berusaha membantu pelarian Syria di Iraq, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Seoul pada Jumaat.

Menurut kenyataan akhbar pejabat itu, sumbangan tersebut bertujuan membantu kira-kira 30,000 pelarian yang kini berlindung di kawasan Kurdistan di Iraq.

“Bantuan yang diperoleh kali ini akan digunakan untuk menyediakan makanan kepada pelarian paling terjejas selama kira-kira dua bulan,” kata kenyataan itu.

Sejak 2014, kerajaan Seoul telah menyumbang sejumlah AS$4.8 juta kepada program itu bagi membantu pelarian Syria di Iraq. – Bernama, 10 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen