Arab Saudi, Kuwait gesa rakyat tinggalkan Lubnan


Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri mengumumkan peletakan jawatannya selepas mendapat ancaman bunuh dan kerana 'cengkaman' Iran ke atas negaranya. – Gambar EPA, 10 November, 2017.

KERAJAAN Arab Saudi dan Kuwait pada Khamis menggesa warganya meninggalkan Lubnan dengan segera, beberapa hari selepas Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri mengumumkan peletakan jawatannya ketika melawat Riyadh.

“Susulan keadaan di republik Lubnan, kerajaan meminta rakyatnya yang melawat atau tinggal di Lubnan meninggalkan secepat negara itu secepat mungkin, dan menasihati agar tidak pergi ke sana,” kata sumber kementerian luar negara Arab Saudi, yang dipetik oleh agensi berita negara SPA.

Kuwait menyeru agar “semua rakyatnya meninggalkan Lubnan serta-merta” dan mengelak daripada ke sana sebagai langkah berjaga-jaga, menurut agensi kerajaan KUNA yang melaporkan sumber Kementerian Luar Negara itu.

Pada 4 November, Hariri mengumumkan dalam ucapan televisyen dari Arab Saudi bahawa beliau mengundur diri dan berkata “cengkaman” Iran terhadap Lubnan dan ancaman bunuh yang diterimanya.

Pengumuman mengejut itu membangkitkan kebimbangan yang Lubnan – berpecah kepada kem diketuai oleh Hariri dan pergerakan Hizbullah yang disokong oleh Iran – mungkin membawa kepada keganasan.

Hariri, yang juga pemegang kewarganegaraan Arab Saudi sersama isteri dan anak-anaknya yang tinggal di sana, sejak bertemu Raja Arab Saudi, Raja Salman dan ke Emiriyah Arab Bersatu, menurut media rasmi di negara Teluk.

Presiden Lubnan, Michel Aoun berkata beliau akan menunggu Hariri kembali sebelum mengambil sebarang keputusan, manakala Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah berkata peletakan jawatan Hariri “ditetapkan” oleh Arab Saudi.

Peletakan jawatan itu bertepatan dengan pengumuman di Arab Saudi mengenai pembersihan anti korupsi di mana puluhan putera, menteri dan ahli perniagaan ditahan.

Bahrain, sekutu Arab Saudi, menasihatkan rakyatnya tidak melakukan perjalanan ke Lubnan sehari selepas pengumuman Hariri. – AFP, 10 November, 2017.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen