DAP bincang namakan semula Dr Mahathir sebagai PM


Chan Kok Leong

Usul itu kini sedang dibincangkan dalam satu mesyuarat tertutup Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, kata sumber. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Februari, 2020.

DAP sedang berbincang mengenai cadangan menamakan semula Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, kata sumber.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, usul tersebut dikemukakan kepada kepimpinan DAP pada mesyuarat tergempar di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur pagi tadi.

Usul itu kini sedang dibincangkan dalam satu mesyuarat tertutup Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, kata sumber.

Menurut sumber lagi, DAP akan membuat pengumuman berkenaan perkara itu hari ini.

Sekiranya kepimpinan parti bersetuju dengan usul tersebut, DAP akan menjadi parti komponen kedua dalam Pakatan Harapan (PH) yang mahu menamakan semula Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

Terdahulu, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata parti itu berikrar untuk terus menyokong Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

“Parti Amanah Negara ingin menegaskan pendirian bahawa kami menyatakan sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia dan untuk terus memimpin PH,” katanya dalam satu kenyataan. – 24 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen