Muhyiddin umum Bersatu keluar Pakatan


Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata keputusan parti keluar Pakatan Harapan dibuat semasa mesyuarat majlis tertinggi semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Februari, 2020.

BERSATU memutuskan keluar dari gabungan Pakatan Harapan (PH), kata presidennya Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat parti itu semalam yang turut menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir Mohamad untuk kekal sebagai perdana menteri.

“Semua ahli Dewan Rakyat daripada parti Bersatu juga dengan ini keluar PH. 

“Semua mereka telah menandatangani akuan bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri Malaysia.

“Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu muncul tidak lama selepas Dr Mahathir dilaporkan meletak jawatan sebagai perdana menteri. –  24 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen