Covid-19: Korea Selatan keluar amaran merah


Pekerja perubatan menunggu ambulans membawa pesakit Covid-19 di sebuah hospital di Daegu, Korea Selatan. – Gambar AFP, 24 Februari, 2020.

JUMLAH yang dijangkiti Covid-19 meningkat kepada 763 orang di Korea Selatan, dengan tujuh kematian dicatatkan, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).

Menurut agensi berita Sputnik, KCDC menyenaraikan 161 kes baharu dalam laporan yang dikeluarkan pada Isnin, 18 lagi pesakit pulih. 

Seramai 8,720 sedang menjalani ujian untuk mengesan sebarang jangkitan. 

Berikutan perkembangan terbaru itu Korea Selatan meningkatkan tahap amaran kepada “Tahap Merah”. – Bernama, 24 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen