Pasaran saham menjunam akibat khabar angin kerajaan Bersatu-Umno-PAS


Chan Kok Leong

Indeks Komposit Kuala Lumpur turun 1.8% atau 27.61 mata pada 9.30 pagi ini berikutan berita tentang Bersatu mungkin menubuhkan kerajaan baharu bersama Umno dan PAS, semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Februari, 2020.

INDEKS Komposit Kuala Lumpur turun 1.8% atau 27.61 mata pada 9.30 pagi ini berikutan berita tentang Bersatu mungkin menubuhkan kerajaan baharu bersama Umno dan PAS, semalam.

Antara yang paling rugi ialah Carlsberg jatuh RM1.84 kepada RM37.10 diikuti HEIM (-RM1.74) kepada RM29.30 dan F&N (-RM0.90) kepada RM29.64.

Antara kaunter paling aktif ialah MYEG yang naik 1 sen kepada RM1.31 diikuti masing-masing SAPNRG (-0.5 sen)  dan Alam (-1.5 sen).

Negara kecoh semalam susulan spekulasi Bersatu dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dikatakan bersedia keluar daripada Pakatan Harapan untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Selain Bersatu, Umno dan Gabungan Parti Sarawak turut mengadakan mesyuarat parti.

Malam tadi, lebih 131 ahli Parlimen dairpada parti pembangkang menyertai majlis makan malam bersama Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Azmin di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

Bagaimanapun, tiada kenyataan dikeluarkan untuk menjelaskan untuk apa makan malam itu diadakan.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak menghadiri majlis makan malam itu, begitu juga pertemuan di Istana Negara di mana Yang di-Pertuan Agong dilaporkan menerima menghadap enam pemimpin daripada parti politik kedua-dua pihak. – 24 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen