Tumpu ekonomi, bukan kuasa


Jahabar Sadiq

Adakah Malaysia akan menyaksikan pembentukan kerajaan baharu hujung minggu ini? Kerajaan yang lebih berpusat kepada orang Melayu seperti disebut-sebut oleh pangulas politik sejak dua bulan lalu? – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Februari, 2020.

SPEKULASI mengenai perubahan kuasa politik bertiup kencang hari ini selepas PH bersetuju agar Dr Mahathir Mohamad kekal di jawatannya sehingga perdana itu berasa berundur selepas Sidang Kemuncak Apec Kuala Lumpur.

Jawatankuasa tertinggi parti Dr Mahathir, Bersatu bermesyuarat hari ini di ibu pejabatnya di Petaling Jaya dan tidak jauh dari situ, timbalan presiden PKR Azmin Ali dan puaknya bertemu di Hotel Sheraton.

Difahamkan, pemimpin Umno da PAS juga sedang berbincang.

Adakah Malaysia akan menyaksikan pembentukan kerajaan baharu hujung minggu ini? Kerajaan yang lebih berpusat kepada orang Melayu seperti disebut-sebut oleh pangulas politik sejak dua bulan lalu?

Bagaimanakah “kerajaan perpauan” ini boleh membantu sesiapa di Malaysia?

Adakah ia bermaksud semua rakyat Malaysia akan mendapat lebih banya wang? Dari manakah wang itu akan diperolehi? Dari dermawan Saudi? Daripada unit yang dikunci dalam bank Caribbean?

Adakah ekonomi semakin baik dengan segera? Pekebun kecil kelapa sawit menjada kaya? Individu yang mengambil risiko besar dengan pelaburan ladang durian di hutan dara Kelantan dan Pahang juga akan kaya?

Adakah ia bermakna pengganas makin kurang?

Adakah ia juga bermaksud skandal 1MDB, dana SRC yang ditemui dalam akaun peribadi Najib Razak atau dana yayasan Ahmad Zahid Hamid yang diguna untuk membayar kad kredit juga hanya khayalan kita?

Adakah ia bermaksud kontrak pertahanan yang besar tanpa apa-apa hasil juga hanya kisah dongeng oleh pihak yang berkuasa sekarang?

Selepas 21 bulan berkuasa, PH masih dirundung isu peralihan kuasa dan pertentangan di antara parti komponennya. Apa yang perlu dilakukan adalalah bekerja untuk melaksana janji manifesto dan merancakkan semula ekonomi.

Ekonomi merosit tahun lalu, namun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dapat memberi dividen 5.45% kepada pencarumnya.

Jadi, banyak lagi yang perlu dilakukan mengenai ekonomi. So, more needs to be done about the economy. Tidak banyak yang perlu dilakukan mengenai politik dan cakap-cakap mengenai kerajaan perpaduan pada masa ini.

Rakyat bersatu pada 2018 untuk menghumban keluar kerajaan kleptokrat BN. Mereka percaya kepada janji yang dibuat oleh PH walau terdapat kekhuatiran jika kerajaan oleh gabungan baharu itu akan berjaya.

Kerajaan sudahpun wujud. Jalankanlah tanggungjawab, tukarlah pemimpin selepas Sidang Kemuncak Apec dan bergeraklah dalam satu pasukan.

Hentikan perkara mengarut atau berhentilah berkhidmat jika tidak mahu menjalankan tanggungjawab.

Pada masa ini pun, kerajaan tiga penggal di Selangor dan Pulau Pinang nampaknya lebih memihak kepada syarikan besar berbanding rakyat umum, seperti kerajaan negeri sebelum 2008.

Jagalah rakyat, gerakkan ekonomi. Jika tidak, berhentik berkhidmat dan biarlah orang yang mahu laksana manifesto PH jalankan tugas. Tentu ada cara lebih baik untuk kita luangkan hujung minggu daripada melayan plot peralihan kuasa. – 23 Februari, 2020.

* Jahabar Sadiq pengendali The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen