Star tukar nama kepada Parti Aspirasi Rakyat Sarawak


Desmond Davidson

Soo berkata Aspirasi merancang menjadi kuasa ketiga dalam politik, selepas pilihan raya umum baru-baru ini menunjukkan bahawa sistem dua parti boleh menjadi realiti di Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insight , 22 Februari, 2020.

PARTI Reformasi Negeri (Star) menukar namanya kepada Parti Aspirasi Rakyat Sarawak.

Pendaftar Pertubuhan meluluskan perubahan nama itu pada 24 Januari dan logo baru parti itu adalah gambar rama-rama Rajah Brooke Birdwing dengan sebuah perisai kuning, kata Presiden Aspirasi Lina Soo hari ini.

Perubahan nama itu dikatakan mencerminkan “aspirasi hari ini” anggota parti, penyokong dan rakyat yang “ingin melihat Sarawak yang bebas, kaya dan mulia,” katanya.

Soo berkata Aspirasi merancang menjadi kuasa ketiga dalam politik, selepas pilihan raya umum baru-baru ini menunjukkan bahawa sistem dua parti boleh menjadi realiti di Malaysia.

“Sekarang sudah tiba masanya untuk Sarawak memimpin jalan dalam politik kuasa ketiga.

“Kuasa ketiga adalah mengenai khidmat kepada rakyat dan tidak mengambil berat tentang jawatan menteri, temujanji dengan GLC (syarikat-syarikat berkaitan kerajaan), kontrak dan tidak perlu menghalang pemerintah atau elit politik,” katanya, di samping turut menambah bahawa Aspirasi menyasarkan untuk ia menjadi satu kekuatan kuasa ketiga.

Sekiranya calon Aspirasi dipilih ke dewan undangan negeri, Soo berkata parti itu akan menganjurkan sebuah referendum yang akan merangkumi pilihan untuk kemerdekaan Sarawak dan pemulihan kedaulatan negeri itu.

Soo berkata satu referendum akan “menegur” dakwaan yang dibuat oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di New York pada 28 September 2018 bahawa rakyat Sarawak tidak mahu kemerdekaan, selain kenyataan Ketua Menteri Abang Johari Openg yang berkata bahawa Sarawak akan terus “bersama dalam persekutuan Malaysia untuk selamanya”. – 22 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen