Lebuhraya Pan Borneo dijangka lewat siap, kata Menteri Kerja Raya


Desmond Davidson

Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak tidak mungkin akan menepati tarikh tempoh siap pada 30 Jun tahun depan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Februari, 2020.

LEBUHRAYA Pan Borneo Sarawak akan terlepas dari tarikh akhir siapnya lebih setahun, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian.

Projek RM18.9 bilion – projek infrastruktur terbesar di negeri ini – kini dua bulan lewat melebihi jadual dan tidak mungkin akan menepati tarikh tempoh siap pada 30 Jun tahun depan.

Baru berkata demikian selepas menemui semua 11  Kontraktor Pakej Kerja (WPCs) atas sebab kelewatan itu.

Lebuh raya 786.41 km itu paling lambat akan siap pada Ogos 2022 tetapi Baru memberikan tarikh akhir untuk dipercepatkan pada 30 Jun 2022.

Menteri Kerja Raya sebelum ini menyampaikan surat yang melantik Jabatan Kerja Raya Sarawak sebagai Pegawai Penguasa baharu mulai hari ini selepas menamatkan Lebuhraya Borneo Utara (LBU) sebagai rakan pelaksana projek lebuh raya (PDP).

Beliau berkata LBU dalam laporan Januari menyatakan lebuh raya itu sudah 44% selesai berbanding 47% yang dijadualkan. – 20 Februari, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen