RM5 juta dalam 2 beg untuk 'RM', kata saksi perbicaraan Rosmah


Ravin Palanisamy

Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Najib Razak berdepan tiga tuduhan rasuah berhubung projek hibrid solar di pedalaman Sarawak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 20 Februari, 2020.

SEORANG saksi pendakwaan memberitahu dalam perbicaraan rasuah Rosmah Mansor hari ini bahawa dia dan rakan perniagaannya mengambil RM5 juta dalam dua beg ke Pavilion di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 2016, didakwa untuk seseorang yang dipanggil “RM”.

Bagaimanapun saksi pendakwaan kelapan Razak Othman berkata pada masa itu dia tidak tahu siapa “RM”.

Razak merupakan rakan niaga Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.

Saidi didakwa menawarkan kepadanya perkongsian di salah sebuah syarikatnya Trace Tag International (Asia) Sdn Bhd.

Projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion itu menarik minat Jepak Holdings untuk memasang sistem solar di 369 sekolah di pedalaman Sarawak.

Rosmah, 69, isteri bekas perdana menteri Najib Razak berdepan tiga tuduhan rasuah berhubung projek ini.

Salah satunya adalah untuk meminta RM187.5 juta daripada Saidi sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek hibrid solar RM1.25 bilion.

Beliau juga dituduh menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi pada 2016 dan 2017.

Razak memberitahu mahkamah hari ini dia pergi ke cawangan Maybank di Jalan Medan Tuanku Kuala Lumpur pada Disember untuk bertemui Saidi berhubung dana untuk membeli sebuah lori untuk Trace Tag International. – 20 Februari, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen