Restoran Cina rugi besar kerana Covid-19


Angie Tan

Tinjauan Persatuan Restoran Kuala Lumpur dan Selangor mendapati kebanyakan restoran mengalami kerugian antara 40% hingga 60%, dengan kes serius sehingga 80%. – Gambar EPA, 20 Februari, 2020.

RESTORAN Cina kerugian sehingga 80% disebabkan wabak Covid-19, yang mengakibatkan beberapa daripadanya mempertimbangkan untuk menutup cawangan, kata Persatuan Restoran Kuala Lumpur dan Selangor.

Satu daripada kawasan paling teruk terjejas ialah pusat membeli-belah Sunway Velocity di Kuala Lumpur yang menyaksikan kesemua 38 restoran Cina mengalami kerugian besar, katanya.

Presiden Bersekutu Gao Hao Yun memberitahu The Malaysian Insight terdapat hampir 1,000 restoran Cina di negara ini, yang menerima kira-kira 40,000 hingga 50,000 pelancong dari China.

“Kami melakukan kaji selidik dan pada asasnya, restoran mengalami kerugian antara 40% hingga 60%, dengan kes yang lebih serius sehingga 80%,” katanya.

Gao berkata sesetengah restoran tidak mampu menanggung kerugian mengejut dan akan tutup pintu ditutup menjelang akhir Februari.

Beliau turut berkata terdapat juga faktor lain mendorong menutupan itu seperti termasuk sewa yang tinggi dan persaingan sengit.

“Kemudian datang wabak virus dan perniagaan terjejas lagi. Mereka yang terjejas teruk perlu tutup kedai.”

Kebanyakan pekerja di restoran Cina di Sunway Velocity adalah penduduk tempatan dan beliau bimbang jika situasi semakin buruk, mereka akan hilang pekerjaan.

Gao berkata peniaga makanan dan minuman menyasarkan cuti musim bunga “minggu keemasan” semasa Tahun Baru Cina.

“Namun, tidak sangka wabak Covid-19 berlaku semasa minggu itu dan perniagaan bergegas untuk mengurangkan kerugian.” 

Terdapat juga kebimbangan di kalangan pelanggan, pelancong China yang pernah ke Wuhan, pusat wabak, akan berkunjung ke restoran ini.

“Saya menggalakkan restoran agar mempunyai sikap positif dan telus pada masa ini dan bukannya menawarkan diskaun bagi membendung kerugian.

“Banyak restoran menawarkan diskaun untuk mendapatkan semula pelanggan tetapi berbuat demikian hanya akan menyebabkan orang lain melakukan perkara sama dan ini hanya akan memburukkan lagi keadaan.”

Gao mencadangkan restoran meletakkan notis di pintu yang pekerja mereka adalah penduduk tempatan dan bertanya kepada pelanggan jika ada yang ke China baru-baru ini.

“Perniagaan juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga, seperti memeriksa suhu badan, membasmi premis dan menyediakan pelanggan dengan pembasmi kuman.

“Pelanggan hanya akan kembali jika pengusaha restoran dapat membuat mereka berasa selamat,” tambah Gao. – 20 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen