Wang 1MDB dari Najib digunakan sepenuhnya, kata peguam BN


Bede Hong

PEGUAM yang mewakili Barisan Nasional Bahagian Johor Bahru hari ini mengemukakan bahawa wang yang disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun lepas tidak mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

BN mahu mendapatkan kembali RM1 juta yang dituntut oleh pihak pendakwa raya.

Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, peguamnya berkata walaupun mereka sebenarnya menerima RM1.5 juta daripada pengerusi BN Najib Razak pada 2013, wang itu dibelanjakan sepenuhnya untuk tujuan bersama.

“Ia tidak dipertikaikan dalam afidavit pendakwa raya,” kata penasihat utama Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah AL-Edros sambil menambah bahawa RM957,395.65 hasil daripada koleksi sumbangan politik dari 2018.

“Bebannya adalah di pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa RM957,000 (yang dirampas) adalah dari aktiviti haram,” kata peguam bersama Syahrul Syazwan Salehin.

“Mereka gagal membuktikan bahawa wang itu adalah dari RM1.5 juta yang diberikan pada 2013. Wang itu dibelanjakan untuk tujuan kebajikan. Wang 2018 adalah dari sumbangan. Tiada undang-undang menghalang sumbangan politik,” katanya. – 19 Februari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen