Tuntutan Sarawak ditangguh hingga rayuan Petronas selesai


Desmond Davidson

Malik Imtiaz Sarwar, peguam yang mewakili Petronas berkata pihaknya memohon pesuruhjaya kehakiman Christopher Chin ditukar daripada mengendalikan tuntutan bayaran cukai jualan difailkan Sarawak. – Gambar The Malaysian Insight, 19 Februari, 2020.

MAHKAMAH Rayuan hari ini menangguhkan prosiding untuk mendengar tuntutan Sarawak mendapatkan bayaran cukai jualan daripada syarikat minyak negara Petronas.

Panel tiga hakim di Kuching memutuskan mahkamah itu perlu terlebih dulu menolak rayuan Petronas terhadap penolakan mahkamah tinggi itu bagi permohonannya untuk pesuruhjaya kehakiman menarik diri pada 6 Mac.

Rayuan pada 6 Mac itu akan didengar di Putrajaya.

Peguam Petronas, Malik Imtiaz Sarwar yang berhujah untuk perintah penangguhan, berkata beliau bimbang jika mahkamah tidak dapat bersidang atas alasan ia di luar bidang kuasanya, beliau akan kehabisan cara untuk menghentikan prosiding itu.

Malik turut berhujah rayuan untuk pesuruhjaya kehakiman Christopher Chin diketepikan daripada mengendalikan tuntutan itu kerana bimbang beliau akan berat sebelah.

Hakim Mary Lim yang mempengerusikan panel itu bersama Supang Lian dan Nantha Balan E S dalam keputusan sebulat suara bersetuju ada merit dalam hujahan Malik untuk penangguhan itu.

Mahkamah juga menetapkan semua hala tuju mahkamah tinggi berkenaan kes itu termasuk pertukaran dokumen dibuat pada 2 Mac.

Petronas memohon untuk Chin ditukar tetapi dalam satu keputusan pada 23 Januari, beliau menolak permohonan itu berkata tidak ada kecenderungan berat sebelah yang jelas.

Petronas memohon untuk penangguhan prosiding, berkata ia membuat rayuan terhadap isu pertukaran hakim itu.

Chin sekali lagi menolak permohonan itu, berkata beliau akan gagal dalam tugasnya jika memberikan penangguhan yang dipohon oleh Petronas. – 19 Februari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen