Jual harta Tabung Haji keputusan saya, kata Mujahid


Alfian Z.M. Tahir

Menteri Hal Ehwal Agama Dr Mujahid Yusof Rawa berkata perkara berkaitan Tabung Haji berada di bawah bidang kuasanya dan bukannya Menteri Kewangan Lim Guan Eng. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Februari, 2020.

MENTERI Hal Ehwal Agama Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini mempertahankan Lim Guan Eng selepas Menteri Kewangan itu menjadi sasaran berhubung penjualan empat hotel Tabung Haji.

Mujahid menerusi akaun Twitternya berkata keputusan menjual hotel dibuat olehnya dan bukannya Guan Eng.

“Perkara berkaitan Tabung Haji berada di bawah bidang kuasa saya sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam dan bukannya Guan Eng,” katanya.

Mujahid mengeluarkan kenyataan itu di Twitter selepas imej Guan Eng dengan keterangan bahawa pemimpin DAP adalah musuh nombor satu dalam Islam dan “darahnya halal” dikongsi di media sosial.

“Cina ini perosak aset TH milik orang Melayu tidak layak hidup di Tanah Melayu,” menurut keterangan pada gambar berkenaan.

Mujahid berkata proses memulihkan Tabung Haji adalah keputusan dasar yang dibuat mengikut Akta Tabung Haji oleh Jabatan Perdana Menteri. 

Walaupun demikian Guan Eng masih menjadi sasaran, kata Mujahid.

“Nampak sangat isu TH dibawa kepada kebencian dan fitnah untuk menghalalkan kebencian mereka. Saya tegaskan semua keputusan dirujuk kepada akta TH dan menteri agama yang bertanggungjawab bukan Menteri Kewangan,” katanya. – 19 Februari, 2020.

Berita penuh di sini. 

 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen