2 lagi sembuh jangkitan Covid-19


DUA lagi pesakit dibenarkan pulang selepas disahkan bebas Covid-19, menurut Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarah Dr Noor Hisham Abdullah berkata pasangan warga China itu menjadikan kesemuanya 13 orang pesakit positif Covid-19 di Malaysia berjaya sembuh.

Kedua-dua pesakit telah dibenarkan pulang pada petang tadi dari Hospital Permai, Johor, katanya.

“Dengan itu, kesemua kes positif Covid19 yang dirawat di Hospital Permai, Johor Bahru telah sembuh sepenuhnya dan telah discaj,” kenyataan itu dipetik.

Lebih 73,000 individu kini dijangkiti virus tersebut, sebahagian besarnya di China dengan lebih 1,800 kematian.

Kumpulan paling besar adalah seramai 542 orang di atas sebuah kapal pesiaran Diamond Princess yang kini berlabuh di perairan Jepun. – 18 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen