Karya Hari Valentine Banksy dirosakkan


Karya Banksy sempena Hari Valentine itu muncul pada Hari Valentine lalu. – Gambar AFP, 16 Februari, 2020.

KARYA artis jalanan ternama UK, Banksy, sempena Hari Valentine yang memaparkan seorang gadis sunti melastik kuntuman bunga di tepi sebuah bangunan di barat England sudah dirosakkan.

Gambar tular di media sosial menunjukkan karya itu dirosakkan dengan grafiti tulisan menghina pihak berkuasa Bristol.

Banksy mengesahkan karya tersebut dibuatnya menerusi dua gambar dimuat naik di akaun Instagramnya pada Hari Valentine lalu.

“Sayangnya, tetapi ia (dirosakkan) memang akan berlaku,” kata seorang penduduk tempatan kepada agensi berita Press Association. – AFP, 16 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen