Pakar cadang bantuan khas, potong KWSP untuk rangsang ekonomi


Ragananthini Vethasalam Angie Tan

Industri pelancongan dan sektor berkaitan seperti pelancongan, penerbangan dan peruncitan adalah antara yang paling teruk terjejas dengan wabak koronavirus baharu (Convid-19). – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Februari, 2020.

PENGECUALIAN cukai pendapatan dan penurunan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah antara kaedah yang sepatutnya dimasukkan ke dalam pakej rangsangan ekonomi untuk mengurangkan kesan wabak koronavirus baharu (Covid-19), kata pakar ekonomi.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight yang industri pelancongan dan sektor berkaitan dengannya seperti perhotelan, penerbangan dan peruncitan adalah yang paling teruk terjejas kerana Covid-19. Juga terjejas teruk adalah sektor pengeluaran.

Tambahnya, pengurangan caruman KWSP akan meningkatkan kuasa belanja isi rumah terendah dan menengah, terutamanya pekerja industri yang terjejas.

Profesor ekonomi Sekolah Perniagaan Sunway Dr Yeah Kim Leng memberitahu The Malaysian Insight pakej rangsangan khas sepatutnya diberikan kepada sektor ini.

Insentif fiskal bukan hanya dapat merangsang sektor terjejas, tetapi perbelanjaan tambahan kerajaan juga akan dapat membantu permintaan dalam negara dan meningkatkan keyakinan rakyat, katanya.
Yeoh berkata pakej yang bakal diperkenalkan untuk wabak Covid-19 mungkin tidak banyak berbeza dengan pakej RM7.3 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menangani wabak SARS pada 2003.

Wabak yang membunuh lebih 800 orang itu menurunkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 6.9% pada Q42002 kepada hanya 4.6% pada Q32003.

Covid-19 yang mula meledak di Wuhan, China sejak hujung tahun lepas setakat ini membunuh lebih ramai mangsa berbanding wabak SARS, sehingga sekarang lebih 1,300 sudah terkorban dan lebih 60,000 kes jangkitan dilaporkan.

“Memandangkan kesan ekonominya seperti wabak SARS 2003, pakej rangsangan itu nanti akan mempunyai banyak persamaan,” kata Dr Yeah yang juga ahli Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia.

Katanya, kesan Covid-19 kepada isi rumah kelas terendah dan menengah juga penting untuk diperhatikan.

“Selain perbelanjaan kerajaan dan aktiviti pelaburan, langkah (pakej) juga dijangka memberi tumpuan kepada pengekalan pekerjaan dan bantuan kepada majikan dalam urusan pembayaran upah, bantuan bersasar kepada perniagaan kecil dalam industri terjejas dan meningkatkan kuasa belanja isi rumah kelas terendah dan menengah,” tambahnya. – 15 Februari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen