Tidak perlu beritahu Parlimen tentang sumbangan Arab Saudi, kata Anifah


Bede Hong

Bekas menteri luar Anifah Aman hadir perbicaraan kes SRC International sebagai saksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 13 Februari, 2020.

BEKAS menteri luar Anifah Aman dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mempertahankan keputusannya untuk tidak memaklumkan Parlimen atau Kabinet berkenaan sumbangan keluarga diraja Arab Saudi.

Ketika disoal balas dalam perbicaraan kes SRC International hari ini, Anifah bertegang urat dengan timbalan pendakwa raya V. Sithambaram yang menuduh saksi pembela keenam itu berkata demikian untuk melindungi Najib.

Terdahulu, Anifah memberi keterangan beliau berada pada pertemuan antara Najib dan almarhum Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud pada Januari, 2010.

Saksi berusia 66 tahun itu berkata beliau difahamkan bahawa Raja Abdullah menawarkan sumbangan untuk membantu Najib yang pada ketika itu perdana menteri untuk memenangi pilihan raya umum 2013.

Turut serta pada mesyuarat itu ialah duta Malaysia ke Arab Saudi Syed Omar Al-Saggaf dan menteri hal ehwal Islam pada ketika itu Jamil Khir Baharom.

Sithambaram: Boleh saya katakan anda bersetuju dengan keterangan Datuk Seri Najib bahawa sumbangan itu disimpan dalam akaun peribadi untuk merahsiakannya daripada umum?

Anifah: Saya tidak pernah kata begitu. Tidak.

Sithambaram: Adakah perkara tentang sumbangan luar ini dibincangkan di Kabinet?

Anifah: Tidak.

Sithambaram: Anda tidak bercakap tentangnya di Kabinet? Kenapa?

Anifah: Ia sumbangan peribadi dari raja kepada Datuk Seri Najib. – 13 Februari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen