KPN, 2 menteri didesak letak jawatan berhubung kes Indira Gandhi


KPN Hamid Bador didakwa gagal melaksanakan perintah mahkamah tinggi untuk mencari dan memulangkan anak perempuan Indira Ghandi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Februari, 2020.

KABINET perlu mendesak Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin dan Menteri Undang-undang Liew Vui Keong meletak jawatan susulan kelengahan menyelesaikan kes M Indira Gandhi, kata kumpulan masyarakat sivil.

Mereka berkata ketiga-tiga pegawai tertinggi itu gagal melaksanakan perintah mahkamah tinggi untuk mencari dan memulangkan anak perempuan Indira kepadanya dan sikap mereka terhadap kes ini menunjukkan penghinaan terhadap badan kehakiman dan undang-undang.

“Sikap KPN dan tindakan dua menteri membiarkannya menunjukkan penghinaan terhadap badan kehakiman dan prinsip undang-undang,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan bersama.

“Sekiranya Kabinet tidak menjawab dalam tempoh tujuh hari, kami akan berhimpun di Pejabat Perdana Menteri untuk menyatakan permintaan kami.”

Kumpulan masyarakat sivil terdiri daripada  Menghapuskan Kematian dan Dera Dalam Jagaan (Edict), Rakyat Bantah Kehilangan Paksa (Caged), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Minority Rights Action Party (Mira).

Indira bertindak memfailkan saman terhadap Hamid sebanyak RM100 juta kerana gagal mencari anak perempuannya, Prasana Diksa, yang dirampas oleh bekas suaminya yang beragama Islam lebih 11 tahun lalu.

Peguam kepada bekas guru tadika dan Pasukan Tindakan Indira Gandhi (Ingat) akan memfailkan saman bulan ini. β€“ 13 Februari, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen