Tak mustahil wujudkan saluran paip gas ke Kuching, kata syarikat petroleum  


Desmond Davidson

Menurut pengerusi Petros, ia tidak memerlukan pembinaan saluran paip yang panjang untuk pindahkan gas dari Miri dan Bintulu ke Kuching.– Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Februari, 2020. 

TIDAK mustahil untuk mewujudkan saluran paip gas bagi kediaman dan industri di Kuching, Sarawak dalam tempoh 10 tahun, kata Pengerusi Petroleum Sarawak Berhad (Petros) Hamid Bugo.

Beliau bagaimanapun berkata, ia boleh direalisasikan sekiranya mempunyai tenaga kerja yang mahir.

Hamid berkata, proses berkenaan boleh dilakukan dalam masa yang singkat kerana pelan itu tidak memerlukan pembinaan saluran paip gas yang panjang untuk memindahkan gas dari Miri dan Bintulu ke Kuching.

“Untuk membuat saluran paip, kita perlu dapatkan tanah dan bina infrastruktur.

“Tak mengapa untuk katakan ia memerlukan 50 tahun untuk disiapkan atau 2 hingga 3 juta penduduk (untuk kos lebih efektif).

“Namun untuk Kuching yang mempunyai 400,000 penduduk, tidak boleh.

“Jadi sekiranya kita mempunyai tenaga mahir yang betul, ia boleh ambil masa 10 tahun.

“Teknologi sudah ada,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sebuah majlis di Kuching hari ini. – 12 Februari, 2020. 

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen