Perubahan iklim jejas festival ukiran salji di Jepun 


Festival salji di Sapporo Jepun mampu menarik puluhan ribu pelancong setiap tahun. Namun masalah kekurangan salji menjejaskan penganjuran festival berkenaan.– Gambar EPA, 10 Februari, 2020.

SABAN tahun puluhan ribu pelancong akan membanjiri festival salji di Sapporo Jepun, kerana tertarik dengan ukiran salji gergasi. 

Namun penganjur festival berkenaan berdepan masalah besar tahun ini: Salji tiada. 

Perubahan ilim yang menyebbakan suhu meningkat di kawasan berkenaan memaksa penganjur mengangkut salji daripada bandar lain bagi meneruskan festival berkenaan. 

“Masalah kekuranan salji ini tidak pernah berlaku,” kata pegawai yang bertanggungjawab menganjurkan festival berkenaan, Yumato Sato. 

Menurutnya, kebiasaanya sebanyak 30,000 tan salji digunakan untuk membuat pelbagai jenis ukiran. 

“Kami terpaksa mengangkut salji dari kawasan jauh yang tidak pernah kami sampai sebelum ini, seperti di Niseko yang terletak 60 kilometer dari Sapporo,” katanya.

Menurutnya, salji yang terpilih diperlukan bagi memudahkan ukiran dibentuk. 

“Salji yang digunakan mestilah bebas daripada kotoran, jika tidak ukiran yang dibuat mudah pecah,” katanya.

“Kami berdepan situasi sukar untuk mendaoatkan salji secukupnya.”

Rekod penurunan salji yang semakin berkurangan turut meberi kesan kepada pusat peranginan ski. Menurut Weathernews, hampir separuh daripada 400 pusat peranginan ski di kawasan berkenaan tidak dapat beroperasi. – AFP, 10 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen