POPULASI Puerto Rico dijangka menurun sebanyak 14% kepada 2.9 juta penduduk menjelang 2019 disebabkan penghijrahan penduduk yang melarikan diri disebabkan Taufan Maria pada September, menurut satu kajian.
Pusat Pengajian Puerto Rico di Kolej Hunter, New York dalam satu laporan yang dikeluarkan bulan lalu menganggarkan lebih kurang 114,000 ke 213,000 penduduk Puerto Rico akan meninggalkan kepulauan tersebut setiap tahun “atas sebab Taufan Maria”.
Antara 2017 dan 2019, kawasan AS kehilangan 470,335 penduduk, tambahnya.
Dalam beberapa tahun sebelum Taufan Maria, penghijrahan penduduk daripada Puerto Rico ke Amerika Syarikat berjumlah kira-kira setengah juta, mewakili 10% kehilangan bagi populasi pulau tersebut,” kata penulisnya Edwin Melendez dan Jennifer Hinojosa.
“Dalam erti kata lain, Puerto Rico akan kehilangan sejumlah penduduk yang sama dalam tempoh beberapa tahun selepas Taufan Maria, disebabkan kerugian terhadap ekonomi.”
Berpuluh ribu penduduk Puerto Rico telah melarikan diri ke tanah besar sejak Maria menyerang pada 20 September, menghancurkan pulau itu, dua minggu selepas Taufan Irma menyerang Caribbean.
Kebanyakannya berpindah ke Florida dan New York, yang telah mempunyai satu juta rakyat Puerto Rica setiap satu. Lebih kurang 700,000 rakyat Puerto Rica tinggal di bandar New York.
Secara keseluruhan, terdapat lima juta rakyat Puerto Rica di tanah besar AS, berbanding 3.4 juta di pulau tersebut
Melendez dan Hijonosa menjangkakan bahawa antara 40,000 dan 82,000 orang akan berpindah ke Florida setiap tahun dari Puerto Rico.
Pegawai pengurusan kecemasan Florida memeberitahu AFP bahawa lebih daripada 134,000 rakyat Puerto Rica telah tiba di Florida sejak 3 Oktober melalui lapangan terbang antarabangsa Tampa, Orlando dan Miami.
Bagaimanapun, jumlah mereka yang berpindah ke Florida secara tetap berbanding yang hanya melawat untuk sementara waktu tidak diketahui.
Langkah tersebut merupakan satu halangan terbesar bagi membaik pulih pulau berkenaan, yang dilanda masalah kewangan.
Penurunan jumlah penduduk di Puerto Rico memberi banyak kesan ekonomi kepada pulau itu,” kata seorang ahli antropologi di Universiti Antarabangsa Florida yang pakar dalam penghijrahan rakyat Puerto Rico, Jorge Duany dalam satu temubual.
Sehingga Isnin, hanya 42% rakyat Puerto Rico mempunyai bekalan elektrik di pulau tersebut, yang gelap selepas Taufan Maria.
Sekurang-kurangnya 51 orang mati akibat ribut, menurut angka rasmi, manakala akhbar tempatan melaporkan berpuluh orang telah hilang.
Sekitar 2,600 orang masih tinggal di pusat perlindungan. – AFP, 7 November, 2017.
Komen