PPSMI perlu bermula di sekolah rendah, kata pendidik STEM


Sheridan Mahavera

Lai Yong Yin (kiri) merupakan guru Bahasa Inggeris yang mengajar guru Sains dan Matematik semasa era PPSMI. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 8 Februari, 2020.

KUMPULAN pendidik subjek Sains dan Matematik menyokong pelaksanaan semula pembelajaran dua subjek itu dalam Bahasa Inggeris tetapi dengan syarat ia perlu bermula di Tahun Satu.

Ahli pusat komuniti STEM4ALL Makerspace berkata pelaksanaan dasar itu yang dikenali sebagai Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan lebih lancar jika dimulakan pada usia enam atau tujuh tahun berbanding kali pertama dilaksanakan 17 tahun lalu.

Pesara guru Lai Yong Yin berkata kanak-kanak Tahun Satu akan lebih lebih mudah menerima konsep pembelajaran dua subjek itu dalam Bahasa Inggeris walaupun mereka datang dari keluarga yang tidak menggunakan bahasa itu.

Katanya dengan membina asas Bahasa Inggeris, kanak-kanak ini akan lebih bersedia untuk menghadapi konsep yang lebih rumit dalam Sains apabila memasuki Tahun Tiga.

“Apabila anda bermula dengan usia kanak-kanak, mereka mampu menghadapinya,” kata Lai yang menghabiskan masa tiga dekad mengajar sekolah rendah dan menengah di Selangor termasuk semasa era PPSMI.

“Bagi kalangan kanak-kanak yang lemah Bahasa Inggeris, saya akan memberi mereka masa 30 minit tambahan untuk belajar bahasa itu selepas waktu sekolah supaya mereka boleh mengikut pembelajaran. Mereka semua mampu lakukan,” kata Lai.

Pusat komuniti yang tidak berasaskan keuntungan itu mempromosikan pembelajaran STEM kepada pelajar sekolah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 8 Februari, 2020.

Lai merupakan guru Bahasa Inggeris yang mengajar guru Sains dan Matematik semasa era PPSMI.

“Ia boleh dilakukan kerana kebanyakan guru sekolah rendah pada hari ini sudah pandai berbahasa Inggeris,” Lai yang kini merupakan mentor di STEM4ALL Makerspace.

Pusat komuniti yang tidak berasaskan keuntungan itu mempromosikan pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kepada pelajar sekolah.

Mereka bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan mengadakan pelbagai program dengan sekolah di seluruh Selangor bagi mempromosikan subjek STEM.

Pemangku Menteri Pendidikan Dr Mahathir Mohamad membangkitkan kemungkinan untuk mewajibkan semua sekolah kebangsaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Ahli STEM bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan mengadakan pelbagai program dengan sekolah di seluruh Selangor bagi mempromosikan subjek STEM.

Buat masa ini, kedua-dua subjek diajar dalam Bahasa Inggeris di sekolah terpilih di bawah Program Dwi-Bahasa (DLP).

Dalam pertemuan dengan pegawai kementerian pada 31 Januari lalu, Dr Mahathir berkata kerajaan bercadang untuk menggunakan Bahasa Inggeris bagi pembelajaran Sains dan Matematik.

Idea itu mengundang pelbagai reaksi kerana ia menghidupkan semula dasar PPSMI yang dicetusnya ketika menjadi perdana menteri buat kali pertama.

PPSMI dimansuhkan pada 2009 semasa pemerintahan Najib Razak selepas kajian mendapati dasar itu gagal mencapai matlamatnya. – 8 Februari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen