Guan Eng berbohong tentang penjimatan projek Pan Borneo, kata bekas menteri


Desmond Davidson

Fadillah Yusof mengulas kenyataan Lim Guan Eng berhubung penjimatan kos pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Februari, 2020.

DAKWAAN Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa Putrajaya dapat menjimatkan RM3.1 bilion dalam projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo adalah mengelirukan dan satu pembohongan, kata bekas menteri kerja raya.

Semalam Guan Eng berkata Putrajaya dapat melakukan penjimatan sebanyak 14% daripada RM21.9 bilion kepada RM18.8 bilion selepas menamatkan perjanjian dengan rakan pelaksana projek (PDP) Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU).

Namun menurut Fadillah Yusof jadual kerja mengikut masa yang ditetapkan manakala kos dapat dikawal dengan baik.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata sasaran kos siling asal projek itu adalah RM16.488 bilion, bukannya RM21.9 bilion seperti didakwa Lim.

Fadillah berkata pembinaan lebuh raya itu di bahagian Sarawak dijadualkan siap pada hujung tahun depan.

“Malah PDP telah mengumumkan pada Mac 2019 bahawa mereka mampu mencapai penjimatan RM2 bilion daripada kos asal disebabkan reka bentuk efisien, kawan pengurusan kos dan perubahan.

“Jadi sasar kos asal jika dikira semula menjadi RM15.13 bilion, jumlah yang lebih rendah berbanding RM21.9 bilion yang dinyatakan Guan Eng,” katanya.

Fadillah berkata sebab kerajaan terdahulu Barisan Nasional melaksanakan model PDP adalah kerana kejayaannya dalam projek MRT1 yang disiapkan di bawah peruntukan sebenar dan siap dalam tempoh yang disasarkan.

“Ia juga kerana kerajaan terdahulu belajar daripada pengalaman lepas.

“Dengan model PDP, syarikat yang dianugerahkan projek itu (LBU)mengekalkan pada kos sasaran,” katanya.

Katanya model PDP merupakan kaedah yang berjaya dan itu sebabnya Lim menggunakan cara yang sama di Pulau Pinang bagi projek pengangkutan negeri itu. – 7 Februari, 2020.

Berita penuh di sini.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen