.jpg)
TIMBALAN Presiden Umno, Mohamad Hasan (Tok Mat) dilaporkan hari ini oleh akhbar meramalkan Umno akan tewas dan membayar “harga yang mahal” jika mendengar dan bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad dalam PRU15.
Tok Mat lupa nasihat Dr Mahathir sebelum PRU14:
“Kembali kepada akar kamu,” nasihat Dr Mahathir kepada Umno.
“Pencuri, penyangak, penyamun, perompak. Orang ini yang memerintah negara kita sekarang. Dan kita berasa malu. Dia tak berasa malu, tapi kita berasa malu. Kalau kita nak tebus perasaan malu itu, kita kena singkirkan Datuk Seri Najib (Razak),” tegur Dr Mahathir.
“Saya cuba menasihatinya, tetapi beliau tidak mendengar nasihat itu.”
“Jika diadakan PRU waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar.”
Kesimpulannya, banyak kali Dr Mahathir menegur, mengingatkan, dan menasihatkan Umno supaya mengambil langkah berani. Tinggalkan “individu”; julang perjuangan. Tapi, Umno tidak pernah mahu mendengar.
Disebabkan tak mendengar nasihat itulah, Umno tewas dan tidak lagi menjadi kerajaan. Hari ini, ketika dalam keadaan kalah sekalipun, Umno masih sombong dan angkuh; tidak mahu mendengar nasihat.
Umno bakal menanggung kekalahan pada PRU15 jika mendengar pandangan Dr Mahathir?
Hakikatnya, Umno telah pun tewas dan “membayar harga yang mahal” kerana gagal mendengar nasihat Dr Mahathir sebelum PRU14! – 6 Februari, 2020.
* Saiful Adli Mohd Arshad, merupakan pembaca The Malaysian Insight.
* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.
Komen